Wowww....Proton lancarkan kereta konsep 5 pahlawan Melayu..


Proton Tuah - Persona Replacement.

Hebat!! Walaupun ini hanya pelancaran kereta konsep dari Proton, tapi ia cukup membuatkan hati saya rasa amat berbangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia. Tambah-tambah pula bila kereta-kereta ni menggunakan nama 5 pahlawan Melayu lama iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi.

Saya lihat, Proton melangkah setapak lagi kedepan apabila memperkenalkan kereta konsep ini dengan menggunakan nama yang mempunyai kaitan dengan sejarah kesultanan Melayu. Selain berbisnes, Proton nampaknya tak lupa untuk memartabatkan sejarah bangsa dimata dunia. Tahniah!

Proton Jebat - Inspira Upgraded.

Khabarnya, semua kereta konsep ini akan dikomersialkan dalam negara secara berperingkat bagi menggantikan model sedia ada pada tahun 2012 nanti.

Saya yakin, jika Proton berusaha untuk menjadikan kesemua model ini sebagai kereta rakyat yang dijual bawah paras 90K, produk keluaran Proton akan sekali lagi menjadi kegilaan ramai dan juga pilihan utama rakyat negara.

Proton Lekir - Satria GTI Replacement.

Ini akan mengulangi kegemilangan model SAGA yang dilancarkan pada tahun 1985 dimana pada ketika itu berjaya membuatkan semua orang berbangga menjadi rakyat Malaysia termasuklah saya.

Mesti lepas ni akan ada manusia-manusia dengki dan tak puas hati yang akan mengkritik serta menghentam Proton habis-habisan, kononnya Proton tak mempunyai imej sendiri dan hanya tiru design orang. Siapa yang cakap macam ni sebenarnya adalah manusia yang tak tahu apa-apa. Tiada langsung semangat patriotik cintakan barangan buatan negara sendiri.

Proton Lekiu - Exora Replacement.

Mereka-mereka yang hanya tahu mengkritik ini saya anggap seumpama manusia dari golongan kurang upaya. Mereka-mereka semua kurang upaya untuk berfikir dan juga menerima segala kebaikan untuk negara. Kira macam mentaliti pembangkanglah kalau ditafsir melalui politik negara.

Kalau diingat balik, siapa sangka Proton akan berjaya sampai ketahap macam ni? Dulu masa Proton diumumkan akan dibina bagi menghasilkan kereta mampu milik rakyat Malaysia, ramai juga yang mengkritik Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Proton Kasturi - Saga BLM Upgraded.

Alasan yang paling tak boleh blah yang saya ingat dari puak pembangkang masa tu ialah, "buat apa nak buat kereta Malaysia, tu kereta jepun dengan orang putih berlambak siapa nak naik?"

Tapi sekarang ni selepas 26 tahun Proton wujud, puak-puak tu jugalah yang berebut-rebut pakai Proton. Memang jenis tak tahu malu kann..? Siap ada yang lekat sticker bulan, roket dan mata lagi kat kereta Proton dorang. Macam gampang!

Apapun, saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliau memang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia melalui Proton. Saya sendiri dah guna beberapa model Proton. Biarlah orang nak kutuk apapun, saya tetap berbangga dengan Proton.

No comments:

Post a Comment

Lebih Sempoi Dari Biasa..

Lebih Sempoi Dari Biasa..